Sinopsis Kyo Kara Maoh!

Yuri Shibuya yang berumur 15 tahun merupakan seorang pelajar sekolah tinggi biasa yang gemar bermain besbol. Dalam perjalanan pulangnya dari sekolah suatu hari, Yuri mengintip teman kelasnya, Ken Murata, yang dikacau oleh sekumpulan budak lelaki. Dia bertekad untuk membantu Ken daripada kumpulan buli tersebut. Ken berjaya melarikan diri sebaik sahaja para pembuli itu leka melihat Yuri. Para pembuli itu mula mengheret Yuri masuk ke dalam sebuah tandas perempuan dan memaksa masuk kepalanya ke dalam mangkuk tandas kerana mengakibatkan mangsa mereka melepaskan diri. Bagaimanapun, sesuatu yang aneh telah berlaku dan Yuri menemui dirinya dihantar ke dunia yang lain. Di sana dia telah digelar Maou ataupun "Raja Syaitan". Conrad Weller dan Günter von Christ yang telah menyelamatkan nyawa Yuri membawanya ke Istana Darah Sumpah. Sana, Yuri mendapat tahu bahawa dia telah ditabalkan menjadi raja kepada sebuah populasi "syaitan" dan memerintah di atas 'Shin Makoku' ("Kerajaan Syaitan Benar") (眞魔国).

Sepanjang siri ini, pilihan yang dibuat Yuri seringkali mendapat teguran tidak kira betapa kecilnya pilihan itu. Bersama-sama kuasa aneh yang menghuni jasad tubuhnya, Yuri merupakan pembangkit keadilan dalam dunia Shin Makoku.